Thursday, August 26, 2010

Khalifah Method: Tips 1

Apakah itu Khalifah Method?

Menurut articlesbase.com dan juga blog Puan Sharena (http://acespiretribe.wordpress.com), pengajaran menggunakan Khalifah Method adalah berdasarkan kepada tiga formula ini,

1. Mengajar anak-anak kefahaman dan kecintaan terhadap peranan serta tanggungjawab mereka sebagai Khalifah Allah.

           "Dalam Surah Al Baqarah, ayat 30 ‘Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat;   
           “Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi”
Istilah khalifah ini bermaksud ‘wakil yang dipertanggungjawabkan mentadbir bagi pihak Raja/ Ketua’."

2. Memberikan kasih sayang, puji-pujian dan ganjaran bagi setiap perbuatan baik yang mereka lakukan dan karektor baik yang dipamerkan. 

3. Meletakkan batasan yang munasabah serta melaksanakan batasan-batasan itu dengan konsisten melalui cara tegas tetapi berhikmah (Kind dicipline)
Maka, di  ALIMKids Playgroup, kami percaya yang anak-anak kecil ini boleh mula dididik menggunakan acuan ini.

Khalifah method is used in all lessons.

Disini, anak-anak

  • diperkenalkan dengan Allah Yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pesuruhNya.
  • dibiasakan dengan kalimah permulaan "Bismillah", kalimah syukur "Alhamdulillah" dan banyak lagi. 
  • penerapan nilai-nilai murni seperti kasih-sayang sesama keluarga dan rakan, serta mensyukuri segala nikmat tuhan seperti anggota badan (modul 1), nikmat deria (modul 2) dll. 
Walau bagaimanapun, khalifah method ini tidak akan berpanjangan kesannya jika ia hanya digunakan dan diamalkan di ALIMKids Playgroup (atau taska, tadika, sekolah-sekolah yang menggunapakai kaedah ini).

Satu tips daripada Puan Sharena Abdullah (Trainer Khalifah Institute) yang saya dapat secara langsung daripadanya,

"Ingin saya berkongsi tip saya untuk penyerapan Khalifah Method yang berkesan: mula gunakan untuk diri sendiri dahulu!

Asas Khalifah Method ini berpandukan firman Allah subhanahu wa ta'ala yang meningatkan bahawa setiap kita adalah seorang khalifah. Apabila kita, sebagai ibubapa, mula percaya kita adalah khalifah dan start to think, talk and behave as khalifah, then it becomes easier for your children to understand who a khalifah is and what it means to be a khalifah. Please remember that children don't understand and begin to mistrust parents who practice double standards.

This is one example that happened to me.
Mummy, 'Adam, Daniel. Have you done your prayers?'
Adam answered, 'Have you done yours, mummy?'
Mungkin jawapan Adam ini sukar diterima oleh kebanyakan ibubapa tetapi ia sangat rasional dan berpatutan jika anak itu di besarkan memahami konsep 'Ammar Ma'aruf, Nahi Mungkar'. Allah knows Best"
 Semoga kita sama-sama mendapat faedah daripada tips beliau.

And may Allah bless us all.

:)

No comments:

Post a Comment