Sunday, September 19, 2010

Bermain adalah fitrah anak-anak

Hari ini saya ada membaca satu hasil kajian yang sangat menarik berhubung dengan Perlaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain Di Tadika-Tadika Kawasan Melaka Tengah. Kajian ini dilaksanakan oleh Puan Saayah Bt. Abu daripada Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Islam.


Saya kira kajian beliau sangat relevan dan bagus sekali kerana aktiviti bermain adalah sangat penting kepada kanak-kanak, walau bagaimanapun seringkali dipandang sepi atau diabaikan oleh ibu bapa dan penjaga.

Berikut adalah pernyataan masalah bagi kajian tersebut.
Bagi kanak-kanak ‘main’ merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya.
        
Malangnya ibu bapa dan orang-orang dewasa yang mempunyai sedikit atau tiada pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini menganggap ‘main’ tidak mendatangkan faedah dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Guru-guru harus peka dan memahami pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak secara total dan menyeluruh dari aspek mental, fizikal, sosial dan emosi terutama bagi mereka yang berumur di antara 4 – 6 tahun.

Menurut Vygotsky, (1966), main merupakan satu cara kanak-kanak belajar apa yang tidak boleh diajar oleh orang lain. Mereka juga suka mencari dan mendapatkan maklumat dari diri mereka dan alam sekeliling. Mereka belajar dari tindakan mereka sendiri. Kanak-kanak juga suka mengikut contoh orang dewasa.
Satu daripada strategi yang sesuai dalam pembelajaran kanak-kanak ialah belajar melalui bermain .

Klik sini untuk membaca keseluruhan hasil kajian projek beliau.



Menyedari hakikat ini, ALIMKids Playgroup menyediakan satu platform bagi kanak-kanak untuk bermain secara berstruktur.

Dan yang paling menarik sekali, ibu (atau bapa) digalakkan untuk bersama dengan anak-anak semasa sesi playgroup ini bagi membantu dan mengenali personaliti anak tersebut secara individu.

Sertailah kami di ALIMKids Playgroup Melaka. Sesi pengenalan akan diadakan pada bulan Oktober.

No comments:

Post a Comment